RSS Feed for This PostCurrent Article

Kembali ke sana…

2 hari lepas aku ke sekolah lamaku. Menghantarkan isteriku dan kemudian membawakannya laptopnya yang tertinggal.
Sempat juga bertemu dengan beberapa guru yang pernah mengajarku. Sebahagian dari mereka masih mengenaliku.
Ada juga cerita ku dengar tentang kawan-kawan seangkatanku yang masih lagi berhubung dengan guru-guru di sini. Rupanya mereka masih seperti aku, tetap mengingati pengalaman di sini dan juga guru-guru yang pernah menyumbang bakti kepada kami. Bezanya, mereka masih ada hubungan samada datang sesekali ke sekolah ataupun beremel / facebook dan lain-lain.
Aku ditanya, apa kerjaku sekarang? Ada juga yang tertanya, mengapa kerja ini kupilih setelah aku menamatkan pengajian aku di universiti… Apa ku jawab? Biarlah ku simpan sahaja. He he..

13 Rabiul akhir 1430

Trackback URL



Post a Comment

Powered by WP Hashcash