Hidupnya insan…. »
By mystmine on Dec 20, 2009 in General Musings | 0 Comments
人生は山あり谷あり
時にはみんなに好まれ、何事も良い
それが山に登ったとき
時には何やっても良い事は無し
またすぐにもダメだしされる
それが谷に落ちたとき。。。
人生って、ひどいもんや!
c`est la vie
4 muharram 1431
Just another Hadithuna – Muslim Blogs weblog
Recent ArticlesBy mystmine on Dec 20, 2009 in General Musings | 0 Comments
人生は山あり谷あり
時にはみんなに好まれ、何事も良い
それが山に登ったとき
時には何やっても良い事は無し
またすぐにもダメだしされる
それが谷に落ちたとき。。。
人生って、ひどいもんや!
c`est la vie
4 muharram 1431
By mystmine on Jul 15, 2009 in General Musings | 0 Comments
Ya Allah, janganlah Engkau bebani aku dengan apa yang tidak aku mampu
Dan permudahkan bagiku pada apa yang aku mampu
Allahumma yassir , wala tu’assir
Ya Allah, alangkah jauhnya aku darimu…
Kamisama yo, anata no tasuke ga hoshi…
23 Rejab 1430
By mystmine on Jun 19, 2009 in General Musings | 0 Comments
Sesungguhnya orang mukmin akan mendapat dua kemenangan, al-fauzul ‘azim dan al-fathul qarib.
Al-fauzul azim itu ialah mendapat keampunan daripada Allah al-Ghafur di hari akhirat nanti. Al-fathul qarib pula ialah mendapat kemenangan dalam perjuangan menegakkan Islam di dunia. Dalam konteks kita hari ini, kemenangan itu ialah kejayaan bagi mendirikan kerajaan yang menjadikan Islam sebagai tunggak ataupun dasar dalam pemerintahan.
Insya Allah, kemenangan milik kita.
============================================================
Hari ini aku mendengar berkenaan kerajaan perpaduan. Aku rasa sesiapa yang hadir bersama-samaku tadi sudah cukup-cukup memahami istilah yang menjadi bualan hangat masa kini.
Jelaslah, apa yang dimahukan dari kerajaan perpaduan itu bukanlah bermakna bersama-sama menjadi kerajaan, seperti mana kerajaan perikatan pasca 13 mei lalu. Bukanlah ia bermakna parti di sini dan parti di sana jadi sebadan sekepala memerintah kerajaan, membahagikan jawatan sesama mereka. Tiada lagi pembangkang, hanya kerajaan semata-mata.
Apa yang dimahukan dari kerajaan perpaduan ialah, hak samarata diberikan kepada semua parti yang berada di dalam negara ini. Tidak mengira samada ia parti pemerintah atau bukan. Tidak mengira ia parti besar dengan ahlinya 1.8 juta ataupun parti “cinonet” dengan ahlinya 40 000. Kesemuanya mendapat peluang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing. Boleh berbicara dengan bebas di akhbar-akhbar perdana. Bebas menyuarakan isihati parti masing-masing di media elektronik, tak kira tv atau radio. Mendapat peluang untuk berceramah dengan adil, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan kita, bukannya ditolak peluang untuk mendapat permit( permit pun tak perlu sebenarnya ) bahkan diganyang, dibalun pula. Kalau nasib lebih baik, ada yang mendapat peluang “mandi percuma” pula.
Itulah sebenarnya secara dasarnya apa yang dikatakan kerajaan perpaduan. Bukan sekali-kali ia bermaksud meninggalkan pakatan sedia ada, kemudian menyeberang ke sana dan membuat pakatan lain. Sekali-kali bukan itu yang dicari.
Semoga dapat lah mereka yang mendengar tadi menyebarkan ini kepada yang tidak sama-sama hadir tadi.
25 Jamadil akhir 1430
By mystmine on Jun 1, 2009 in General Musings | 2 Comments
Pagi tadi aku dapat berita yang kompleks sukan gong badak, yang baru je dibuka tahun lepas runtuh. Cek punya cek, rupanya sebahagian daripada stadium sultan mizan telah runtuh.
gambarnya boleh tengok kat sini atau sini atau sini atau sini
Menurut laporan yang aku terima, dikatakan seekor kancil telah menjadi mangsa dalam kejadian tersebut. Turut dikatakan menjadi korban juga 4 ekor kuda besi yang tidak berjaya diselamatkan oleh tuannya.
nasib.. nasib…
8 Jamadil akhir 1430
By mystmine on Apr 29, 2009 in General Musings | 1 Comment
Sedetik lagi usia ku bertambah…
Makin dekat langkahanku padaNya.
Apakah bekalku dah mencukupi……….?
4 Jamadilawal 1430
By mystmine on Apr 28, 2009 in General Musings | 1 Comment
Takziah kepada sahabat blogger ku, kayzem di atas kepulangan ayahandanya ke rahmatullah pagi tadi. semoga roh nya di dalam golongan yang mendapat redha Ilahi.
Al-fatihah
3 Jamadil awal 1430
By mystmine on Apr 8, 2009 in General Musings | 0 Comments
2 hari lepas aku ke sekolah lamaku. Menghantarkan isteriku dan kemudian membawakannya laptopnya yang tertinggal.
Sempat juga bertemu dengan beberapa guru yang pernah mengajarku. Sebahagian dari mereka masih mengenaliku.
Ada juga cerita ku dengar tentang kawan-kawan seangkatanku yang masih lagi berhubung dengan guru-guru di sini. Rupanya mereka masih seperti aku, tetap mengingati pengalaman di sini dan juga guru-guru yang pernah menyumbang bakti kepada kami. Bezanya, mereka masih ada hubungan samada datang sesekali ke sekolah ataupun beremel / facebook dan lain-lain.
Aku ditanya, apa kerjaku sekarang? Ada juga yang tertanya, mengapa kerja ini kupilih setelah aku menamatkan pengajian aku di universiti… Apa ku jawab? Biarlah ku simpan sahaja. He he..
13 Rabiul akhir 1430
By mystmine on Feb 2, 2009 in General Musings | 0 Comments
Sudah sebulan aku ‘ditinggalkan’ seorang di sini. Semenjak dia mendapat haluan baru, terasa aku bagaikan keseorangan mengatur langkah.
Langkah baru kuatur. Jalan di hadapan masih panjang. Dunia masih luas terbentang. Apakah ia membawa bahagia untuk ku?